SMTSP Dalam Kenangan
Friday, 05 September 2008

Image 

Dato' Haji Abdul Rahim Bin Haji Abdul Majid
Pengetua 1974-1980

Assalamualaikum,

Saya berasa bangga kerana telah diminta menulis mengenai pengalaman dan kenangan saya sebangai Pengetua, khasnya semasa tujuh tahun pertama penubuhan sekolah ini. Dalam masa tujuh tahun itu, memang banyak pengalaman dan perkara yang boleh dirakamkan untuk dijadikan renungan dan teladan. Namum demikian, saya tidak berkemampuan untuk menatarkannya satu persatu dalam tulisan ini. Oleh itu, saya akan menulis hal-hal yang dapat mengimbas kembali kenangan lama dan dapat pula mengimbau ingatan terhadap pelbagai pengalaman yang pahit dan manis semasa saya berada di sekolah ini.

Apabila mengenang kembali SMSTSP, saya tidak melupakan dua orang sahabat saya, khasnya En B.P. Chopra dan En Othman Mat yang telah mentadbir SMS Perlis sebagai penyelia antara tahun 1972 dan 1974. Saya telah dilantik sebagai Pengetua SMS Perlis mulai 1hb September 1974 selepas menjadi pengetua Sekolah Inggeris Derma selama enam bulan. Bagi diri saya, tujuh tahun sebagai pengetua di sekolah ini merupakan satau lagi era penting dalam hidup saya. Pengalaman yang telah saya perolehi tidak boleh dinilai dari segi masa atau material. Dalam masa tujuh tahun itu, saya telah cuba membangunkan Sekolah Menengah Sains ke tahap yang diharapkan. Dalam hal ini, saya amat terhutang budi kepada semua pihak yang telah sama-sama menggerakkan Sekolah Menengah Sains masing-masing telah memberi sumbangan yang tertentu dan bermakna ke arah kemajuan yang diharapkan itu. 

Pengalaman yang saya lalui semasa bertugas di SMTSP sering timbul dalam ingatan dan pengalaman bertugas di sini sangat membanggakan dan begitu 'sentimental'. tujuh tahun di SMTSP telah menambahkan lagi pengetahuan saya dalm bidang pentadbiran dan pergaulan. Saya telah cuba sedaya upaya mengenali Negeri Perlis Indera Kayangan dengan lebih rapat lagi. Sekarang saya berani menyatakan di sini selepas saya berada sekian lama di SMTSP, saya telah meninggalkan sahabat handai yang begitu ramai dan sekiranya saya ingin berkunjung ke Perlis, maka saya perlukan sekurang-kurangnya seminggu atau lebih sekiranya bersua muka dengan kawan dan taulan yang sangat rapat dengan hidup saya semasa di SMTSP.

Mengenang kembali SMTSP maka semuanya saya anggapkan kenangan yang menjadi sentimental belaka. Suka dan duka, pahit dan maung semuanya dihadapi dengan kegigihan dan semangat cintakan SMTSP dan murid-muridnya. Saya tidak terlupa mengenangkan keadaan murid-murid di SMTSP yang berbaris menunggu ketibaan lori JKR yang akan membawa air untuk kegunaan murid-murid. Rasa simpati yang amat sangat timbul apabila melihat masalah air yang dihadapi ketika itu. Malahan pihak Pengetua dan Naib Pengetua kerap kali mendapati murid-murid lelaki mengunjungi paip air di luar rumah mereka. Oleh sebab cara menggunakan dan mendapatkan air adalah 'first come, first serve' maka Pengetua dan Naib Pengetua kadangkala terjaga daripada tidur kerana dikejutkan oleh murid-murid, awal-awal lagi, kira-kira jam 5.00 pagi. Saya juga amat sukar melupakan kejadian 'blackout' ynag sering berlaku pada waktu itu. Lilin-lilin dan lampu gasoline terpaksa digunakan semasa makan waktu malam. Yang paling saya ingati ialah seorang murid (namanya saya telah lupa) yang pada ketika itu mengidap penyakit lelah, yang kerap kali kami terpaksa hantar ke hospital untuk mendapat rawatan. Malahan, apabila Pengetua dan Naib Pengetua diberitahu ada murid sakit lelah yang perlu dirawat di hospital, maka 90% tekaan kami adalah betul, iaitu pastilah murid yang berkenaan. Kami berasa lega kerana murid tersebut semakin sihat apabila umurnya meningkat, murid berkenaan mungkin sudah menjadi seorang pegawai tinggi kerajaan sekarang.

Sebagai seorang yang telah berpengalaman mentadbir sekolah dan sesudah mengalami dan melalui pelbagai-bagai pahit maung, kejayaan dan keseronokan, maka saya kini bertambah yakin dengan kenyataan bahawa antara golongan yang dapat membantu Pengetua bagi memajukan sekolah ialah golongan guru-guru terutamanya Guru Penolong Kanan (Naib Pengetua), Guru-guru Kanan Mata Pelajaran, guru-guru yang memegang jawatan yang penting seperti Guru Disiplin, Guru Koperasi dan Guru Sukan. Oleh sebab sekolah ini sekolah berasrama penuh, maka peranan guru-guru asrama (warden) juga amat penting. Dengan kata lain, Pengetua mempunyai matlamatnya bagi menjayakan sekolah tetapi kejayaan rancangan Pengetua ini bergantung kepada keikhlasan, amanah, sifat tanggungjawb dan kecekapan semua golongan yang tersebut di atas membantunya dalam pencapaian hasrat itu, Lebih cekap, lebih amanah dan lebih bertanggungjawab Pengetua dan guru-guru ini, maka lebih cepat dan berkesan matlamat sekolah dapat dicapai. Organisasi sekolah merupakan satu pasukan (satu team) yang tiap-tiap seorang mempunyai peranannya masing-masing untuk mencapai matlamat yang direncanakan. Pada keseluruhannya sokongan yang diberikan kepada saya sebagai Pengetua amat membanggakan walaupun ada ketikanya saya berasa ada golongan yang saya anggap masih boleh menunjukkan prestasi yang lebih baik daripada apa yang telah ditunjukkan.

Kakitangan bukan guru juga tidak ketinggalan memainkan peranan yang penting khasnya dari segi pengawasan dan kemajuan fizikal sekolah ini. Seperti juga dengan guru-guru, mutu pekerjaan yang ditunjukkan oleh kakitangan bukan guru adalah memuaskan walaupun prestasi setengah pihak sepatutnya lebih baik sekiranya mereka mengamalkan sifat-sifat tanggungjawab dan amanah.

Murid-murid Sekolah Menengah Tuanku Syed Putra juga telah menunjukkan mutu pencapaian akedemik dan sukan yang menggalakkan. Prestasi yang dicapai bolehlah dianggap baik, khasnya dari segi akedemik. Sehingga kini sudah ramai murid dari sekolah ini yang telah melanjutkan peljaran di pusat-pusat pengajian tinggi atau sudah pun berkhidmat di seluruh pelosok negara.

Mengenang kembali Sekolah Menengah Tuanku Syed Putra dalam tahun-tahun penubuhannya, maka saya anggap dan membina asas sistem pendidikan sekolah berasrama penuh merupakan satu cabaran kepada pentadbir sekolah. Namun demikian, saya berasa bangga kerana telah diberi peluang mentadbir dan mengurus sebuah intitusi yang penting ini. Tidak ada perkara yang lebih membanggakan saya sekarang, selain mengetahui sekolah yang saya ketuai satu masa dahulu telah meningkat lebih maju dari setahun ke setahun dan namanya semakin harum di negara ini.

Sebagai Pengetuanya yang pertama, saya berdoa ke hadrat Allah Subhanahu Wataala agar Sekolah Menengah Tuanku Syed Putra, Kangar, Perlis akan terus maju jaya. Saya mempunyai keyakinan bahawa Sekolah Menengah Tuanku Syed Putra yang usianya yang semakin meningkat, sudah pun mempunyai tradisinya tersendiri dan dengan kegigihan pengetua, guru-guru, murid-murid dan kakitangan sekarang, sekolah ini akan terus mencapai kejayaan-kejayaan yang lebih cemerlang pada masa-masa yang akan datang.

Komen
Tambah Komen
Terkenang Kembali Saat Di SMTSP
Nor Shah Shoib 2008-09-12 01:21:10

Membaca pengalaman dan kenangan yang Cikgu Rahim tulis saya pun terkenang
kembali saat-saat di SMTSP khususnya pada tahun 1978 masa tu saya jadi Head Boy.
Memang "pressure" masa tu....nak jaga disiplin murid dan lebih-lebih
lagi tahun tu jugak nak ambil MCE. Hmmmmm.......Cikgu Rahim memang tegas tapi
mempunyai hati mulia terhadap kakitangan serta para murid. Saya akui Cikgu Rahim
dan Cikgu Othman Mat bertanggungjawab mengasaskan perkara-perkara dari segi
pentadbiran dan juga disiplin di SMTSP. Jasa Cikgu berdua khususnya dan Cikgu
yang lain amnya tetap saya kenang sehingga akhir hayat.
Pengalaman Bersama Dato' Haji Abd Rahim
Mohd Haliemy Sapari SMTSP 76-8 2008-09-12 16:01:25

Salam. Siapa yang boleh melupakan pengalaman bersama Pengetua, Cikgu Rahim ?
Ramai yang akan ingat mandi di luar rumah beliau. Sehinggakan masa beliau ada
tetamu pun, budak-budak dok mundar-mandir berseluar pendek dan bertuala mandi
sahaja. Memang ramai yang pernah kena marah dan dirotan oleh cikgu Rahim tetapi
seperti yang pernah dikatakan oleh rakan saya, perkara inilah yang
"memanusiakan" kami. Jangan risau cikgu, tak ada siapa yang marah malah
kami amat menyanjungi jasa cikgu mendidik kami. Kami masih respect pada cikgu
seperti semasa reunion tahun lepas sehinggakan ramai yang sorok rokok dibelakang
semasa cikgu lalu ! Semoga Allah membalas jasa baik cikgu Dato' Abd Rahim dan
cikgu-cikgu lain
Generasi Baru
AHMAD MOKHRY 2009-01-03 00:57:59

Walapun saya generasi 87-91, gambar2 memori oleh Dato' dan nukilan Dato' di atas
jelas menunjukkan betapa bertuahnya para pelajar sekarang terhidang segala
kemudahan dan belajar di dalam keadaan selesa....
Satu Nostalgia
Rook takes Knight f6 check 2009-01-28 00:24:19

Ringkasan kenangan Cikgu Abd. Rahim dan sdr Nor Shah benar-benar membawa kepada
nostalgia di SMS Perlis. Izinkan juga saya mencoretkan sedikit kenangan yang
boleh dikongsi bersama.
Bagi generasi yang masuk dari 1985 keatas mungkin
tidak merasai apa yang kami (kemasukan 1973 dan 1974) telah lalui. Kami masuk ke
SMS Behor Pulai pd pertengahan 1974 dimana sebelum itu kami menumpang di Sek.
Men. Derma Kangar dan tinggal di asrama Jln Pdg Katong. Jika dibandingkan
kemudahan yang ada sekarang, lebih-lebih lagi yang masuk selepas 1990,
keadaannya sangat jauh berbeza. Kehidupan semasa 1970an adalah sukar dan
mencabar, dan secara relatifnya sumbangan dan pencapaian Cikgu Rahim, k/tangan
serta warga-warga yg lain kepada SMSP adalah SANGAT besar.
Ya, kami terpaksa
beratur untuk mengambil air yang dibekalkan oleh lori JKR, dan kadang kala
terpaksa ambil dari rumah cikgu Abd Rahim dan Cikgu Osman Mat seawal 5.00 pagi.
Tidak ada satu ...
Satu Nostalgia 2
Rook takes Knight f6 check 2009-01-28 00:26:36

Tidak ada satu pun telefon awam, dan yang ada hanyalah satu di pejabat sekolah.
Handphone, komputer, dan internet hanya bermula di negara ini dlm sekitar awal
1990an. Oleh itu hanya surat dan pesanan akan menjadi penghubung komunikasi dgn
dunia luar. Bas kami tidak ada air condn, dan hanya mempunyai sandar kepala
besi. Bas itu juga yang membawa kami pulang kekampung sejauh ke selatan negeri
Perak. Ketika itu juga tidak ada ada hi-way. Perjalanan kami pulang kekampung
ada yang mengambil masa 12-24 jam.
Bagi kami yg bukan dari Pghelih kami hanya
berpeluang balik kampong semasa cuti penggal sahaja. Jika cuti tidak panjang,
kami menumpang dengan keluarga kawan2 Pghelih.
Kami juga bermain bola dan
bersukan di atas padang yang penuh dengan batu-batu. Jika jatuh mesti luka. Kami
jugalah yang mengutip dan membuang batu-batu tersebut secara gotong royong,
atau dalam aktiviti PE, dan hukuman denda. Gelanggang badminton hanyalah simen<...
Satu Nostalgia 3
Rook takes Knight f6 check 2009-01-28 00:28:40

Gelanggang badminton hanyalah simen biasa, dan main volleyball di atas kawasan
yang bertar.
Walau pun menurut pandangan kini ketika itu kami mengharungi
kesukaran yg mencabar tetapi sebahagian besar dari kami tidak melihat perkara
sedemikian sebagai satu kesukaran tetapi sebaliknya kami sangat bersyukur dengan
apa yang ada. Di sini sebenarnya taraf kehidupan kami sudah dikira meningkat
kerana kemudahan yang diberikan adalah lebih baik dari apa yang ada di rumah
sendiri. Di sini kami ada tempat tidur sendiri dengan bertilam yg empuk. Di
rumah sendiri kami hanya ada tilam nipis atau tidur di atas tikar mengkuang. Di
sini juga kami ada lampu fluorescent (walau pun kadang kala bekalan elektrik
terputus) berbanding dengan lampu minyak tanah atau gasoline dan mempunyai ada
tempat belajar yang lebih selesa jika dibanding di rumah.
Satu Nostalgia 4
Rook takes Knight f6 check 2009-01-28 00:29:44

Kami juga mendapat biasiswa RM 30 sebulan di mana ketika itu sepinggan nasi
ganja atau nasi bungkus hanya berharga 30 sen, dan sepasang seluar jean yang top
berjenama Amco dan Saddle King hanya berharga RM 8-10. Berdasarkan penilaian
kuasa beli, nilai RM 30 ketika itu adalah seumpama RM 300 masa kini. Di samping
itu setiap hujung minggu kami ada wayang dalam dewan, selalunya filem-filem yg
terbaharu dan uncensored. Bila tiba part-part yang panas dan brutal, pembekal
akan memblurkan pancaran filem. Oleh itu bagi kami apa-apa kesukaran yang
dialami bukanlah sesuatu yang memberati sebaliknya merupakan sedikit kemewahan
dan peningkatan taraf hidup.
Satu Nostalgia 5
Rook Takes Knight f6 Check 2009-01-28 00:36:48

Pada masa itu juga tidak konsep kaunseling. Hanya teguran, amaran, tengkingan,
rotan, dan penampar. Namun itu juga yang telah menjadikan kami
Satu Nostalgia 5a
Rook Takes Knight f6 Check 2009-01-28 00:38:43

Pada masa itu juga tidak konsep kaunseling. Hanya teguran, amaran, tengkingan,
rotan, dan penampar. Namun itu juga yang telah menjadikan kami
Satu Nostalgia 5
Rook Takes Knight f6 Check 2009-01-30 22:59:31

ditulis oleh: drunken.elephant@rocketmail.com
Pada masa itu juga tidak
konsep kaunseling. Hanya teguran, amaran, tengkingan, rotan, dan penampar. Namun
itu juga yang telah menjadikan kami
Tak Best !!!
Rook Takes Knight f6 Check 2009-01-30 23:01:46

Tak cukup ruang nak cerita nostalgia aku. Tak best! Hanya nak kongsi pengalaman.
terkenang semasa dulu... 78-82
izhar 2009-02-26 11:11:59

d antara beberapa kenangan yg x dpt sy lupakan:
1) bangun sekitar 4 atau 5
pagi; p mandi sungai kat masjid pdg bohoq (lbh kurang 2 ke 3 km dari sekolah).
lepas tu balik tidoq pulak. apa org nak kata pun katalah; janji, aku bleh
bangga: aku dah mandi pagi.
2) kadang2 spare ayaq 1 timba/baldi. esoknya ayaq 1
timba tu lah d gunakan utk brus gigi, mandi dsb.
3) ayaq "kikih" adalah
ayaq yg terpaksa d gunakan semasa sakit perut; yg akhirnya mengakibatkan gatal2
d bahagian tu!
4) walaupun aku d ting.3, aku kena angkut air & basuh baju
senior.
5) maggi merupakan makanan ruji yang istimewa. d ramas2 sehingga hancur
sblm d + air. semangkok cukup utk hampir 1 dorm.
6) d sebabkan aku dari
kalangan org kpg yg susah, ayah mai melawat naik gherek (basikal tua).
7)
sesiapa saja yg terserempak dgn pengetua waktu kelas, sure kena penampaq punya;
walaupun dlm perjalanan ke toilet. kalau pakai tie lagi senang; sbb dia tarik
tie ...
SMTSP dalam kenangan
K-own 2009-03-20 11:04:46

Saya anak SMTSP dari tahun 89 sampai 93...mmg banyak sangat kenangan
manis...SMTSP banyak mengajar dan membentuk kita jadi org yg positif, hormat
org....Yg paling diingati...MR ONG KIM CHIA la...selalu tgk member lelaki kena
spot check cium tangan...saper bau rokok...matiler....hehehe....Cikgu
Mardis...Cikgu Salleh....Terima kasih cikgu....
kenangan 75-79
hamlussalam 2009-04-19 08:27:14

kami adalah batch kedua sekolah sains. masa tu sekolah sains perlis tak ramai
orang perlis, so dia angkut import kami dari perak bagi penuhkan. pengalaman
menyeronokkan apabila cuti penggal ramai-ramai pelajar perak guna tiket waran
naik keretapi balik kampung. masa tu rasa KTM tu kami yang punya. minta maaf
kepada chegu othman saya orang yang regular pergi rumah chegu mandi kat paip
luar pukul 5 pagi. terima kasih chegu. minta halal.
kenangan 75-79
hamlussalam 2009-04-19 08:35:10

saya bertuah dipindahkan ke uitm perllis pada tahun 1997. perkara pertama saya
buat ialah pergi tengok masjid behor pulai yang mempunyai banyak kenangan.
sedihnya bila tau masjid dah kena roboh. lebih sedih bila tau sebab kena roboh.
masjid tu diwakafkan tetapi bila si ayah meninggal, sianak jual kat orang lain
tanah tu dan orang lain (bukan ugama islam) pun sebab tanah dah dia punya ambil
peluang robohkan masjid. si anak tu sekarang ni pun hidup melarat jual ayam kat
pasar kangar sekarang ni. tak kayaa mana\ kalau hidup tak berkat.
36 years ago.
SYIKIN 2009-05-28 15:31:21

memang nostalgic..jadi first batch..banyak kenangan.pada guru-guru first
batch..mr razak,puan saayah.cik gu ishak,,cikgu munir..cikgu jasni..ciku
baharom..cikgu majid..mr tan.cikgu osman..pengetua..dan semua
teachers..1973-1977..terimakasih bebanyak..HAPPY TEACHERS' DAY
kenangan
batch 80 2009-06-11 23:53:19

memang bnyk kenangan... pljr puterinya... terpaksa bawa air, setimba dua, simpan
bawah katil, bila nak mandi.. baru bw ke bilik air.. kalau simpan kat toilet..
"kena curi"... tinggal separuh je.. nak buat camna .. mungkin ada yg
emergency..

Tapi disiplin -- sgt baik dibwh cikgu Rahim.. saya masih ingat ...
sampah tidak boleh buang merata2.. pljr wajib keluar main waktu ptg.. dan memang
main esp volleyball ..Waktu Prep.. pelajar memang study... takutkan prefect
didepan..kalau nak ketandas pun, minta izin prefect..
That's what I remember
about SMSTSP in those years.. Thank You .. all of you .. the teachers of SMTSP..
without you, who are we today...
Pengetua - Idolaku
KAK ANY 2009-06-13 22:06:49

Sebagai pioneers-1st batch, kami lalui pelbagai pengalaman yang mungkin berbeza
dgn adik2. Tapi pengalaman mengenali Cg Rahim sbg Pengetua adalah pengalaman
manis yang menjadikan siapa saya sekarang.
Saya amat menghargai kepercayaan yang
Cg berikan pd saya utk mengetuai bacaan ikrar semasa Watikah perlantikan
pengawas yg pertama. Pengawas perempuan mengetuai bacaan, pelik tapi benar.
Sejak itu saya bertambah yakin dgn kebolehan diri sendiri
Sambungan
KAK ANY 2009-06-13 22:13:07

Kepercayaan Cg telah menaikkan semangat saya, hinggakan saya menjadi pelajar yg
sgt aktif. Keaktifan saya merisaukan Cg Razak(guru kelas & guru bimbingan
kerjaya) kerana saya tak pandai membahagikan masa ant belajar dgn aktiviti luar
yg tentunya lebih menyeronokkan. Cg juga berusaha agar saya dpt terus belajar d
Sains Ps utk martikulasi w/pun result add maths saya teruk. Cg telah hubungi
Kementerian dll & akhirnya Cg berjaya tempatkan saya dlm Ting 6 d Tunku Kurshiah
College.
Sambung lagi
KAK ANY 2009-06-17 21:34:28

Semasa saya d UM kita ada bertemu semula. Saya kagum,Cg masih dpt ingat nama
saya sebelum sempat saya perkenalkan nama. Jasa Cg sentiasa saya kenang. Semasa
Cg dinobatkan sbg Tokoh Guru Kebangsaan, saya sgt ingin menghantar
Congratulation Card tp tak tahu cara nak contact Cg. Sekarang apabila saya
menjadi Pengetua saya terapkan nilai2 mulia Cg spt mesra,prihatin & rapat dgn
pelajar, tapi tegas dalam menjadikan mrk"manusia";TQ Cg Pengetuaku -
Idolaku
Harapan
K.Any 2009-06-14 19:30:53

Terimaksih pada adik2 yg berusaha & berjaya mempertemukan kami kembali melalui
IT - alam cyber. Harapan & doa agar kita dipertemukan secara life pada 4 July
nanti. Rasa gembira & excited menunggu tarikh tersebut, nak jumpa guru2 yg
disayangi & dihormati serta rakan2, adik2 yg dah 32 tahun tak jumpa. Jangan
terkejut kalau fizikalnya dah lain. Yang ada dlm memori hanyalah
"gambar" lama...
pengetua
mazjahada 2009-06-22 14:30:08

Terima kasih Cikgu. jasa Cikgu dan semua guru yang mengajar saya (1975-1979)
sentiasa dikenang, sentiasa saya doakan kesejahteraan. Semoga Allah juga
membalasnya.

Oh nostalgia Sains Perlis/SMTSP..mana dapat dilupa. Setiap 2
atau 3 tahun sekali, saya akan pastikan saya melancong ke Perlis dan pusing2
depan gate sekolah dan ceritakan pada anak2 inilah sekolah yang berjasa besar
menjadi Mama seperti hari ini. semoga anak2 pun sentiasa menghormati guru2
mereka
Nostalgia....
anuaromar 2009-06-28 21:05:06

Nasi lemak sardin dan telor serta kopi 'O' pada pagi Jumaat semasa 82-86. Lepas
jogging pagi2. Saya percaya pada pembaikan dan peluang itu ada jika bekas
pelajar menyumbang untuk kualiti sekolah. Kualiti meliputi semua. Dan kita perlu
cuba untuk merubah bermula dengan langkah yang pertama.....
terima kasih...
hasnal 2009-07-23 16:50:42

Tiada perkataan dapat disusun bila mengenangkan jasa2 guru2 ku
sekalian.Nostalgia...terlalu banyak. terima kasih guru-guru yang telah
mendidikku dan terima kasih jua kepada mereka yang pernah menabur bakti menjaga
makan/minum kami,kesihatan kami dan keselamatan kami
Kenangan masa lalu
Ku Amir bin Ku Mansor 2009-08-07 14:47:21

Saya masih teringat masa tahun 1976..geng2 budak nakai punya cerita (yg ni cuma
1..ada byk lagiii). Kami satu geng cucuh mercun dua papan juga timer ubat nyamuk
kat umah Cikgu Rahim. Lepas tu kami kena hambat dgn Tok Man ...merapak lintang
pukang lari...Kalu dpt berjumpa dgn Dato' akan saya minta ampun dan maaf..Salam,
Komeng.
Kenangan Di Behor Pulai...(1975 - 1979)
yati minai 2009-09-17 12:20:01

Assalamua'laikum semua bekas pelajar SMTSPs/SMSPs...kepada Cikgu Dato' Haji
Rahim..ingat lagi pd saya ? ..Norhayati Minai,pelajar badge 3 yang berpeluang
masuk terus ke ting 1 sekolah sains behor pulai tanpa melalui pengalaman
menumpang belajar di sekolah derma spt seniors sblm tu. Bermula dr thn 75, penuh
kenangan di mana waktu tu..ada 2 sekolah yg belajar di satu sekolah iaitu
sekolah sains perlis & sekolah derma. Kalau Cikgu ingat lg ..cikgu selalu
panggil saya dgn nama "BINTI MINAI", kdg2 "DAUGHTER of MINAI".
Skrng, MINAI pun dah tak dak. Ayah saya meninggal thn lepas. Bila saya kena
berlari wakil rumah Marikh, (w/pun saya bukannya org yg kuat lari, tapi bila
acara marathon tu...nama saya yg naik), saya masih ingat lagi cikgu akan jerit
"Come on ..157". 157 tu..no terakhir saya berlari. Bila boleh jumpa
cikgu agaknya...& juga cikgu2 yg lain..cg jasni, cg munir, cg ak man, cg ak
da,cg Pak ya, cg ...
Akhirnya...., dapat juga join kawan2 lama
asidhom 2009-12-19 01:36:13

Setelah 27 thn meninggalkan SMTSP, (SPM 1982)blh dikatakan saya lost contact
dengan kawan2 SMTSP terutamanya batch SPM82. Dlm tempoh itu, sy selalu berharap
dapat dpt terjumpa kawan2 terutamanya yg rapat;ada juga jumpa sekali Rusmah
Mahmud kat Kangak tahun 86, Kamaruzaman Husin thn 86, Jamdan Zainudin kat rumah
dia thn 87,Norsoleh thn 88, Matjut(Hanif Idris) masa dia kawin thn 91 dan
terakhir lecturer Suriani M.Ghouse kat UPSI thn 2002. X ramai. Lepas tu, lost
balik hinggalah jumpa Salwana A. Wahab kat SEMESTI masa hantar anak masing2
attend kursus easymath baru2 ni. Alhamdulillah, pertemuan kami tlh memberi
peluang sy kembali bertemu dengan kawan2 dgn join asputra ini. Terima kasih kpd
Wana dan MatG (Norhalimi Yahya) yg tlh membuka ruang utk saya bersama2 lg dgn
kawan2 w/pun setelah 27 tahun tertinggal arus.InsyaAllah, kita berjumpa alam
maya ini & di dunia realiti. Selamat ketemu jika sudi. Assalamualaikum.
Cikgu Saayah bawa saya ke hospital
Hasni Bin hamzah 2010-01-19 13:58:09

Satu petang di padang hoki. tengah main hoki dengan pak toi ( Allahyarham
Zulkifli Wan Hanif ) saya terjatuh atas ketul batu. Luka dilutut. Cikgu Saayah
bawa saya ke hospital dan kena jahit 3 jahitan di lutut.
Berita Penuh..
Nama:
e-mel:
 
Tajuk:
Sila masukkan kod anti-spam yang tertera pada imej.

3.26 Copyright (C) 2008 Compojoom.com / Copyright (C) 2007 Alain Georgette / Copyright (C) 2006 Frantisek Hliva. All rights reserved."

 

Comments  

 
0 #28 Hasni Bin hamzah 2010-01-19 13:58
Satu petang di padang hoki. tengah main hoki dengan pak toi ( Allahyarham Zulkifli Wan Hanif ) saya terjatuh atas ketul batu. Luka dilutut. Cikgu Saayah bawa saya ke hospital dan kena jahit 3 jahitan di lutut.
Quote
 
 
0 #27 MOHD ISA BIN MOHD YUSSOF 2009-12-19 01:36
Setelah 27 thn meninggalkan SMTSP, (SPM 1982)blh dikatakan saya lost contact dengan kawan2 SMTSP terutamanya batch SPM82. Dlm tempoh itu, sy selalu berharap dapat dpt terjumpa kawan2 terutamanya yg rapat;ada juga jumpa sekali Rusmah Mahmud kat Kangak tahun 86, Kamaruzaman Husin thn 86, Jamdan Zainudin kat rumah dia thn 87,Norsoleh thn 88, Matjut(Hanif Idris) masa dia kawin thn 91 dan terakhir lecturer Suriani M.Ghouse kat UPSI thn 2002. X ramai. Lepas tu, lost balik hinggalah jumpa Salwana A. Wahab kat SEMESTI masa hantar anak masing2 attend kursus easymath baru2 ni. Alhamdulillah, pertemuan kami tlh memberi peluang sy kembali bertemu dengan kawan2 dgn join asputra ini. Terima kasih kpd Wana dan MatG (Norhalimi Yahya) yg tlh membuka ruang utk saya bersama2 lg dgn kawan2 w/pun setelah 27 tahun tertinggal arus.InsyaAllah, kita berjumpa alam maya ini & di dunia realiti. Selamat ketemu jika sudi. Assalamualaikum .
Quote
 
 
0 #26 yati minai 2009-09-17 12:20
Assalamua'laikum semua bekas pelajar SMTSPs/SMSPs...kepada Cikgu Dato' Haji Rahim..ingat lagi pd saya ? ..Norhayati Minai,pelajar badge 3 yang berpeluang masuk terus ke ting 1 sekolah sains behor pulai tanpa melalui pengalaman menumpang belajar di sekolah derma spt seniors sblm tu. Bermula dr thn 75, penuh kenangan di mana waktu tu..ada 2 sekolah yg belajar di satu sekolah iaitu sekolah sains perlis & sekolah derma. Kalau Cikgu ingat lg ..cikgu selalu panggil saya dgn nama "BINTI MINAI", kdg2 "DAUGHTER of MINAI". Skrng, MINAI pun dah tak dak. Ayah saya meninggal thn lepas. Bila saya kena berlari wakil rumah Marikh, (w/pun saya bukannya org yg kuat lari, tapi bila acara marathon tu...nama saya yg naik), saya masih ingat lagi cikgu akan jerit "Come on ..157". 157 tu..no terakhir saya berlari. Bila boleh jumpa cikgu agaknya...& juga cikgu2 yg lain..cg jasni, cg munir, cg ak man, cg ak da,cg pak ya, cg salamiah, cg siti rahmah, cg faridah (ajar math semasa form 1-1975), cg majid, dll. Slmt Menyambut Hari Raya Aidil Fitri ..1430 Hijrah.
Quote
 
 
0 #25 Ku Amir bin Ku Mansor 2009-08-07 14:47
Saya masih teringat masa tahun 1976..geng2 budak nakai punya cerita (yg ni cuma 1..ada byk lagiii). Kami satu geng cucuh mercun dua papan juga timer ubat nyamuk kat umah Cikgu Rahim. Lepas tu kami kena hambat dgn Tok Man ...merapak lintang pukang lari...Kalu dpt berjumpa dgn Dato' akan saya minta ampun dan maaf..Salam, Komeng.
Quote
 
 
0 #24 hasnal 2009-07-23 16:50
Tiada perkataan dapat disusun bila mengenangkan jasa2 guru2 ku sekalian.Nostalgia...terlalu banyak. terima kasih guru-guru yang telah mendidikku dan terima kasih jua kepada mereka yang pernah menabur bakti menjaga makan/minum kami,kesihatan kami dan keselamatan kami
Quote
 
 
0 #23 Anuar Bin Omar 2009-06-28 21:05
Nasi lemak sardin dan telor serta kopi 'O' pada pagi Jumaat semasa 82-86. Lepas jogging pagi2. Saya percaya pada pembaikan dan peluang itu ada jika bekas pelajar menyumbang untuk kualiti sekolah. Kualiti meliputi semua. Dan kita perlu cuba untuk merubah bermula dengan langkah yang pertama.....
Quote
 
 
0 #22 mazjahada 2009-06-22 14:30
Terima kasih Cikgu. jasa Cikgu dan semua guru yang mengajar saya (1975-1979) sentiasa dikenang, sentiasa saya doakan kesejahteraan. Semoga Allah juga membalasnya.

Oh nostalgia Sains Perlis/SMTSP..mana dapat dilupa. Setiap 2 atau 3 tahun sekali, saya akan pastikan saya melancong ke Perlis dan pusing2 depan gate sekolah dan ceritakan pada anak2 inilah sekolah yang berjasa besar menjadi Mama seperti hari ini. semoga anak2 pun sentiasa menghormati guru2 mereka
Quote
 
 
0 #21 Noraini Yaacob 2009-06-17 21:34
Semasa saya d UM kita ada bertemu semula. Saya kagum,Cg masih dpt ingat nama saya sebelum sempat saya perkenalkan nama. Jasa Cg sentiasa saya kenang. Semasa Cg dinobatkan sbg Tokoh Guru Kebangsaan, saya sgt ingin menghantar Congratulation Card tp tak tahu cara nak contact Cg. Sekarang apabila saya menjadi Pengetua saya terapkan nilai2 mulia Cg spt mesra,prihatin & rapat dgn pelajar, tapi tegas dalam menjadikan mrk"manusia";TQ Cg Pengetuaku - Idolaku
Quote
 
 
0 #20 K.Any 2009-06-14 19:30
Terimaksih pada adik2 yg berusaha & berjaya mempertemukan kami kembali melalui IT - alam cyber. Harapan & doa agar kita dipertemukan secara life pada 4 July nanti. Rasa gembira & excited menunggu tarikh tersebut, nak jumpa guru2 yg disayangi & dihormati serta rakan2, adik2 yg dah 32 tahun tak jumpa. Jangan terkejut kalau fizikalnya dah lain. Yang ada dlm memori hanyalah "gambar" lama...
Quote
 
 
0 #19 Noraini Yaacob 2009-06-13 22:13
Kepercayaan Cg telah menaikkan semangat saya, hinggakan saya menjadi pelajar yg sgt aktif. Keaktifan saya merisaukan Cg Razak(guru kelas & guru bimbingan kerjaya) kerana saya tak pandai membahagikan masa ant belajar dgn aktiviti luar yg tentunya lebih menyeronokkan. Cg juga berusaha agar saya dpt terus belajar d Sains Ps utk martikulasi w/pun result add maths saya teruk. Cg telah hubungi Kementerian dll & akhirnya Cg berjaya tempatkan saya dlm Ting 6 d Tunku Kurshiah College.
Quote
 

Add comment


Security code
Refresh

< Prev