|
Kempen Derma Darah PraRamadhan 2009 |
|
Monday, 17 August 2009 |
|
Kempen Derma Darah PraRamadhan 2009 telah diadakan pada 14hb Ogos 2009 di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar dengan kerjasama Unit Tabung Darah, Hospital Tuanku Fauziah.
Kempen ini yang kali kedua dianjurkan bersama oleh Asputra dan Ansara, bertujuan untuk memenuhi keperluan bekalan darah di bulan Ramadhan terutamanya menjelang musim perayaan.
Majlis pelancaran dimulakan dengan ucapan oleh Naib Presiden Asputra, Dr. Ahmad Murad dan diikuti dengan pelancaran kempen oleh Dr Nik Hasmawati yang mewakili Pengarah Hospital Tuanku Fauziah.
Sebanyak 78 pain darah telah berjaya dikumpul pada kempen tersebut.
|
|
Asputra Juara Liga Alumni Divisyen 2 |
|
Thursday, 13 August 2009 |
|
Pasukan bolasepak Asputra FC menjuarai Liga Alumni Divisyen 2 setelah menang dalam perlawanan terakhir mereka pada 1hb Ogos 2009. Dalam perlawanan yang diadakan di Padang Utara, Petaling Jaya, pasukan Asputra FC berjaya menundukkan Ansara Mersing dengan keputusan 4-1. Dengan kemenangan tersebut, Asputra FC berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah bagi perlawanan liga musim ini dan akan bermain dalam Liga Alumni Divisyen 1 pada tahun hadapan.
|
|
Cikgu Saayah bawa saya ke hospital - ...
Akhirnya...., dapat juga join kawan2 ...
ALFATIHAH CIKGU MAT HASSAN (CHEMISTRY...